Kedua-dua pasangan itu disatukan dalam istiadat Kristian bertempat di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur.

Turut hadir pada acara tersebut merupakan abang kepada Nick, Joe Jonas ditemani tunangnya yang juga aktres terkenal Britain dan bintang Game of Thrones, Sophie Turner.

Perkahwinan yang dianggap paling dinantikan tahun ini itu akan disusuli dengan upacara Hindu pada esok.-AFP