Portal E! News melaporkan, Chopra kini dibenarkan pulang ke rumah dan menurut jurucakap rangkaian ABC, kejadian itu me­rupakan satu kemalangan kecil.

“Aktres itu telah mendapatkan rawatan doktor dan dibenarkan keluar. Dia kini sedang berehat di rumah,” kata jurucakap Chopra.

Kata jurucakap itu, aktres berusia 34 tahun tersebut akan kembali berlakon selepas hujung minggu ini.

Bintang Baywatch itu dalam satu wawancara berkata, dia suka melakukan aksi lasak sendiri dan atas sebab tersebut, aktres berkenaan mahu kekal aktif.

“Saya akan lakukannya sendiri kerana saya perca­yakan tubuh badan saya dan naluri saya,” katanya.

Sementara itu, ABC enggan mengulas sama ada penggambaran drama itu akan dihentikan tetapi portal Variety melaporkan, penggambaran tetap akan dijalankan sementara menunggu Chopra pulih.