Menurutnya, beliau berikrar akan meneruskan pembaharuan ekonomi namun Beijing tidak akan tergelincir daripada sistem satu parti atau menerima arahan dari negara lain.

“Kain rentang sosialisme sentiasa berkibar tinggi di tanah Cina.

“Kepimpinan Parti Komunis China merupakan kualiti penting sosialisme bersama ciri Cina dan merupakan kelebihan besar kepada sistem sosialis,” katanya.

Parti Komunis itu telah melalui 40 tahun dasar ‘pembaharuan dan buka pintu’ meskipun cabaran keras Amerika Syarikat (AS).

China kini perang dagangan dengan AS yang mana genjatan 90 hari dipersetujui bagi berbincang untuk penyelesaian.

AS mahukan pengurangan besar defisit dagangan disamping pembaharuan China bagi menghentikan pencurian harta intelek yang didakwa mereka.

Tambah Jinping, China tidak menimbulkan ancaman kepada mana-mana negara namun memberi amaran agar tidak cuba ditolak-tolak.

“Tiada sesiapa boleh memerintahkan orang Cina apa yang boleh atau tidak boleh dibuat.

“Kita perlu kukuh dengan perubahan yang perlu dan boleh serta sebaliknya,” ujarnya. - AFP