Rombakan Kabinet itu menyaksikan Teodoro Ribera, seorang peguam dan bekas Menteri Keadilan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baharu menggantikan Roberto Ampuero sementara

Menteri Kerja Raya, Juan Andres Fontaine dilantik sebagai Menteri Ekonomi, menggantikan Jose Ramon Valente.

“Memimpin sering menjadi tugas yang sukar, apatah lagi ketika berlaku konfrontasi dan ekonomi dunia yang lembab,” kata Pinera selepas membuat pengumuman itu.

Selain itu beberapa muka baharu turut dilantik memegang portfolio Menteri Kesihatan, Menteri Kerja Raya, Menteri Tenaga dan Pembangunan Sosial dan Tenaga.-