Bagaimanapun, langkah itu memperlihatkan bekas Presiden Nursultan Nazarbayev masih membuat keputusan dalam negara Asia Sentral itu yang kaya dengan minyak.

Nursultan pada bulan lalu telah memecat Bakytzhan berikutan prestasi ekonomi yang lemah dan penganalisis melihat langkah itu bagi menurunkan bantahan pemprotes.

Pada Selasa lalu, Nursultan mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan peletakan jawatannya yang dipegang sejak sebelum kemerdekaan selepas runtuhnya Kesatuan Soviet 1991.

Pemimpin berusia 78 tahun itu bagaimanapun masih mempunyai kuasa signifikan berikutan status perlembagaan sebagai ‘Pemimpin Negara’, jawatan sepanjang hayat sebagai ketua majlis keselamatan dan parti pemerintah.

Habis