Ombudsman negara itu, Busisiwe Mkhwebane telah mengeluarkan notis kepada Ramaphosa agar membuat respons dakwaan bahawa beliau melanggar kod etika eksekutif.

Ramaphosa memberitahu Parlimen bahawa bayaran pada Oktober 2017 adalah kepada anaknya, Andile atas kerja konsultansi bagi Bosasa yang dinamakan semula sebagai African Global Operations.

Namun kemudian beliau menyatakan ia merupakan derma bagi kempennya untuk menjadi pemimpin parti ANC.

Ramaphosa yang berjanji untuk membayar balik dana kempen itu mempunyai masa sehingga 21 Jun bagi respons kepada Mkhwebane. - AFP