Menurut BBC, karya bertajuk Femme Assise, Robe Bleu atau wanita duduk dengan pakaian biru menampilkan salah seorang kekasih Picasso, Dora Maar.

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Nazi merampas lukisan itu namun berjaya dipintas semasa dalam perjalanan dari Paris ke Moravia oleh pejuang Pertahanan Perancis.

Pada 2015, satu lagi karya Picasso bertajuk Women of Algiers dijual pada harga AS$179 juta (RM774 juta) oleh pusat lelongan Christie sekali gus menjadi rekod lukisan yang dijual di pusat lelongan.

Lukisan wanita du­duk itu menjadi milik seorang pengumpul potret di Amerika Syarikat (AS) dan enam tahun lalu dijual pada harga AS$26 juta (RM112 juta).

Dora Maar dan Picasso bercinta selama sembilan tahun sebelum melukis gambar kekasihnya itu pada 1939 ketika wanita ter­babit berusia 31 tahun manakala pelukis tersebut berusia 58 tahun.

Potret tersebut me­rupakan satu daripada karya hebat Picasso yang diinspirasikan oleh cinta.