Terdahulu, Jong-un dilaporkan bersetuju untuk melucutkan senjata nuklearnya di Semenanjung Korea sepenuhnya.

Washington berharap Jong-un akan mendedahkan sejauh mana program senjata nuklearnya dan bersetuju untuk melucutkan senjata nuklear dalam tempoh waktu tertentu.

“Pemimpin kami telah menyatakan komitmennya pada sidang kemuncak di Singapura berhubung pelucutan senjata nuklear Korea Utara sepenuhnya.

“Pada lawatan ini, saya cuba memenuhi beberapa butiran mengenai komitmen berkenaan dan meneruskan momentum ke arah pelaksanaan yang dijanjikan oleh kedua-dua pemimpin kepada dunia,” jelas Pompeo. - AFP