SEORANG pekerja memasang poster Saad al-Hariri di tepi sebatang jalan raya di Beirut, Lebanon, kelm
SEORANG pekerja memasang poster Saad Al-Hariri di tepi sebatang jalan raya di Beirut, Lebanon, kelmarin. – SUMBER AL-Al-JAZEERA

Bahrain telah mengarahkan rakyatnya berbuat demikian pada Ahad lalu sebaik sahaja Perdana Menteri Lebanon, Saad al-Hariri mengumumkan peletakan jawatan manakala Arab Saudi dan Kuwait membuat gesaan sama semalam diikuti UAE beberapa jam kemudian.

Agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik sumber Kementerian Luar memaklumkan, rakyat negara itu yang menetap atau mengunjungi Lebanon diminta meninggalkan negara itu secepat mungkin berikutan situasi politik di negara itu sekarang.

“Arab Saudi juga menasihat­kan semua rakyatnya tidak me­ngunjungi Lebanon,” lapor por­tal Al-Jazeera.

Beberapa jam kemudian Kuwait dan UAE turut menggesa rakyatnya meninggalkan Lebanon serta-merta.

Kementerian Luar Bahrain yang merupakan sekutu Arab Saudi telah mengeluarkan na­si­hat perjalanan dengan alasan ‘faktor keselamatan’.

Lebanon kini berdepan ke­melut politik selepas Hariri mengumumkan peletakan ja­wa­­tannya semasa melawat Arab Saudi pada Sabtu lalu na­­mun lokasi beliau sehingga kini masih belum diketahui.

Parti Pergerakan Masa Hadapan Lebanon pimpinan Hariri telah menuntut agar Perdana Menteri tersebut pulang ke negara itu serta-merta.

“Kepulangan Hariri penting bagi mengembalikan maruah dan penghormatan Lebanon di dalam dan luar negara,” kata bekas Perdana Menteri Lebanon, Fouad Siniora dalam satu kenyataan.

Wakil Al-Jazeera di Lebanon melaporkan bahawa Presiden negara itu, Michel Aoun akan meminta bantuan masyarakat antarabangsa termasuk Liga Arab, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), China dan Rusia bagi merungkai punca peletakan jawatan Hariri.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, seorang pegawai kanan Lebanon mendakwa, kerajaan negara itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi peletakan jawatan Hariri justeru beliau masih berfungsi sebagai Perdana Menteri Lebanon. – Agensi