Menurut pihak polis, dadah tersebut ditemukan penduduk tempatan dalam berbelas beg di tepi jalan berhampiran ladang garam, sentral Nghe An.

“Penduduk kampung pada mulanya menganggap ia mengandungi garam atau sampah namun kita mengesahkan ia adalah dadah jenis syabu seberat 900 kilogram.

“Rampasan tadi menjadi rekod terbesar pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, polis juga telah mengenal pasti lima orang berkaitan dengan dadah itu yang mana tiga daripada mereka sudah ditahan. - AFP