Dadah berkenaan yang bernilai kira-kira AS$45 juta (RM177 juta) dalam pasaran tempatan telah dibawa sepanjang ‘koridor narkotik’ yang melintasi Ayutthaya wilayah tengah Thailand ke Bangkok dan seterusnya ke selatan Malaysia.

Polis mengekori empat buah kereta dari Ayutthaya yang merupakan kawasan pusat pergudangan dadah itu yang disalurkan dari makmal methamphetamine Myanmar.

“Enam suspek warga Thailamd yang diupah untuk menghantar dadah itu telah ditahan,” kata Ketua Polis Kebangsaan, General Chaktip Chaijinda kepada wartawan sambil menambah bahawa sesetengah dadah itu akan dihantar ke negara asing. -AFP