Dalam serbuan itu, tiga lelaki berusia 29 antara 32 dari Chiangmai dan Nongkhai telah ditahan.

“Anggota kami berjaya menghentikan treler itu ketika sedang dalam perjalanan mmenghantar dadah di gudang di daerah Bang Pra di Wilayah Ayutthaya,” kata Ketua NSB, Lt. Jen. Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama di sini hari ini.

Selepas pemeriksaan, beliau berkata, dadah itu disimpan di dalam lebih daripada 7,400 buah kotak.

Beliau turut percaya dadah itu diseludup ke Chiangrai oleh sekumpulan penyeludup dari kumpulan etnik Hmong dan kemudian dibawa ke Ayutthaya untuk disimpan sebelum diedarkan ke lokasi lain di Thailand atau diseludup ke negara jiran.

Sommai berkata NSB mengesyaki sindiket yang sama mempunyai hubungkait kes semalam dan juga dalam insiden di Hatyai pada Mac lepas di mana dua rakyat Malaysia ditangkap semasa memunggah bungkusan mengandungi kira-kira 700 kilogram ‘Ice’ (crystalised methaphetamine) ke dalam gudang.

Kedua-dua rakyat Malaysia telah ditangkap selepas penentuan antara pihak berkuasa dan rakan jenayah tempatan.

Sindiket dadah di Segi Tiga Emas telah menjadikan Thailand sebagai laluan transit mereka dalam usaha untuk memastikan ‘komoditi berharga’ mereka akan mencapai pasaran global yang lebih luas.-BERNAMA