Penemuan itu adalah terbaharu melibatkan anggota Gerakan Baju Merah, sebuah kumpulan politik yang setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Semalam, polis menjumpai berpuluh-puluh senapang, bom tangan dan beribu butir peluru di sebuah rumah milik pemimpin kumpulan berkenaan, Wuthipong Kochathamakun.

Polis turut menahan sembilan lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan plot pembunuhan tersebut.

“Kami percaya senjata yang ditemukan bukan untuk menembak burung tetapi bertujuan membunuh Prayuth,” kata Ketua Polis Negara, Jakthip Chaijinda. - REUTERS