Walau bagaimanapun Ketua Polis Negara, Chaktip Chaijinda berkata, beliau telah mengarahkan unit cawangan khas untuk meneliti kemungkinan wujudnya kaitan tersebut.

``Kami tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini,’’ ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat Polis Diraja Thailand hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini yang memaklumkan bahawa insiden di selatan Thailand, Jakarta dan Mindanao mempunyai kaitan dengan kematian Muhamad Wanndy. - Bernama