Menurut Ketua Biro Bahagian Sekatan Narkotik (NSB), Leftenan Jeneral Sommai Kongvisaisuk, Yaba yang juga dikenali sebagai ‘pil gila’ itu dirampas di Ayutthaya, tengah Thailand baru-baru ini susulan penahanan lima lelaki tempatan.

“Ini adalah rampasan terbesar Yaba dalam sejarah sejak penubuhan NSB. Kami telah mengekori sindiket selama hampir sebulan sebelum menangkap mereka,” katanya kepada media di sini.

Sommai berkata, dadah-dadah itu disembunyikan di dalam sebuah trak yang digunakan untuk mengeksport jagung dari Chiangrai, utara Thailand.

Beliau juga percaya bahan terlarang itu bukan untuk kegunaan domestik, sebaliknya akan dieksport semula ke negara-negara lain. -BERNAMA