Jurucakap polis, Prawut Thawornsiri berkata, dua suspek berkenaan ialah seorang wanita rakyat tempatan berumur 26 tahun, Wanna Suansan dan seorang lelaki asing selepas melakukan serbuan di bangunan pangasapuri di daerah Min Buri dan menemukan baja, jam digital dan alat peletus bahan letupan.

Beliau turut menunjukkan gambar wanita tersebut yang diambil daripada kad pengenalan.

Gambar lakaran lelaki asing bermisai dan masih belum dikenal pasti turut diedarkan pada sidang media tersebut.

Prawut berkata, kedua-dua suspek menyewa bilik kedua di mana lebih banyak peralatan bom ditemukan, ketika polis memeriksa kemungkinan terdapat suspek-suspek lain dalam serangan di Kuil Erawan pada 17 Ogos lalu.

“Kami jumpa beberapa beg baja, jam tangan, alat kawalan jauh, bahan untuk membuat bom dan cas elektrik,’’ katanya pada sidang media.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Somyot Poompanmvung berkata, soal siasat ke atas suspek warga asing yang ditangkap sebelum ini memberikan maklumat yang sangat berguna. – AFP