Lebih 600 orang berhimpun di luar balai polis di bandar Leiyang, Wilayah Hunan pada tengah malam Sabtu selepas pengawal keselamatan menghentikan bantahan itu pagi tadi, menurut kenyataan mereka dalam laman web.

Polis berkata mereka telah menahan 46 orang yang ‘menyerang’ balai polis tersebut dengan membaling botal dan batu kepada anggota keselamatan.

Selain itu, banyak kereta turut musnah dalam insiden itu.

Dalam pada itu, turut tular sebuah rakaman video di Twitter menunjukkan sekumpulan orang sedang marah dan merusuh.

Bagaimanapun, AFP tidak dapat mengesahkan kesahihahan video tersebut.

Masalah itu timbul selepas ibu bapa beberapa pelajar sekolah menengah dimaklumkan agar memindahkan anak mereka ke asrama di sekolah swasra, menyebabkan peningkatan yuran pengajian yang drastik, menurut satu kenyataan di laman sosial negara tersebut.-AFP