Lapor BBC.com, kumpulan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai di bandar Wuppertal pada 2014, apabila mereka menghampiri orang ramai dengan berpakaian seragam berwarna oren yang tertulis perkataan ‘Polis Syariah’.

Mereka menuntut supaya penduduk tempatan menghentikan perjudian, mendengar muzik dan minuman beralkohol.

Penganjur kepada kumpulan itu, Sven Lau, merupakan seorang pendakwah yang terkenal, namun terpaksa berdepan tuduhan berasingan apabila dikatakan menyokong kumpulan pemberontak di Syria.

Dalam pada itu, Majlis Pusat Islam Jerman mengkritik tindakan kumpulan berkenaan yang disifatkan memberi mudarat kepada umat Islam.

Jurucakap Mahkamah daerah Wuppertal berkata. pakaian yang dipakai oleh kumpulan itu tidak berunsurkan militan dan menakutkan, oleh itu mereka tidak melanggar sebarang undang-undang.

Walau bagaimanapun, keputusan tersebut boleh dicabar oleh pihak pendakwaan dalam proses rayuan.

Kumpulan terbabit sering dilihat di beberapa buah bandar sekitar Eropah termasuk London, Copenhagen dan Hamburg.