Menurut polis, dadah berkenaan disumbat dalam buah nanas yang telah dikeluarkan isi dan tiba ke pasar itu dari pelabuhan Setubal, Portugis melalui kapal dari Costa Rica, sebelum dihantar ke ibu negara ini.

Setiap buah nanas yang kosong itu diisi dengan silinder yang mengandungi antara 800 sehingga 1,000 gram kokain dan disaluti lilin atau minyak gas berwarna kuning bagi mengelak dikesan.

Pihak polis yang menjalankan operasi berjaya menahan tujuh orang, tiga di Madrid dan empat lagi Barcelona yang disyaki dalang dalam operasi penyeludupan kokain itu. - AFP