Stuff New Zealand melaporkan, polis mengesahkan remaja itu merupakan antara 50 mangsa serangan yang terbunuh.

Difahamkan, jenazah Mohd. Haziq adalah mangsa serangan yang terakhir dikenal pasti oleh pihak polis.

Mohd. Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama ibunya, bapa dan adik lelaki ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu.