Reuters melaporkan, tunjuk perasaan sebahagian besarnya disertai kumpulan konservatif Hindu yang membantah keputusan mahkamah tinggi India menghapuskan larangan terhadap wanita akhir baligh untuk masuk ke dalam kuil tersebut.

Pada masa yang sama, tunjuk perasaan juga dilaporkan berlaku di beberapa bandar dalam daerah tersebut.

Mahkamah pada September tahun lalu menetapkan wanita pelbagai peringkat umur dibenarkan untuk masuk ke kuil yang menerima kunjungan jutaan penganut agama Hindu setiap tahun itu.

Namun, pihak kuil enggan mematuhi keputusan tersebut dan masih meneruskan larangan yang diamalkan sejak berabad lamanya itu.