Mayat Nurio Matsuba, 76, dan isterinya, Hiroko, 73, ditemukan pada 4 September lalu oleh anak angkat mereka yang juga seorang warga Indonesia di sebuah resort di Jimbaran, selatan pulau itu.

Tidak lama selepas penemuan tersebut, polis berjaya menahan suspek yang berusia 25 tahun, dikenali sebagai I Putu Astawa kerana dipercayai menikam kedua-dua mangsa hingga mati.

Menurut pasukan penyiasat, suspek berseorangan dan dikatakan hanya berniat untuk merompak pasangan terbabit semata-mata untuk melangsaikan hutangnya. -AFP