Pil dari Korea Selatan itu ditemukan di hentian sebuah resort di Bali pada Januari lalu namun pengumumannya baharu dibuat hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang diperoleh dari Australia.

Pil yang diisi dalam botol seberat hampir 140 kilogram mempunyai label makanan kesihatan.

Pengarah Besar Kastam, Heru Pambudi berkata, hasil ujian makmal mendapati pil itu mengandungi `Pseudoephedrine’ ramuan utama untuk membuat dadah jenis Methamphetamine dan dadah lain. - AFP