Channel News Asia melaporkan, rakaman video yang tular di media sosia menunjukkan lelaki itu menjerit ketakutan.

Dalam rakaman yang tidak disunting, seorang anggota polis kelihatan meletakkan kepala ular berkenaan ke mulut suspek sebelum dia menjadi histeria dan kedengaran anggota lain hanya ketawa.

Ketua Polis Daerah Jayawijaya, Tonny Ananda Swadaya dalam satu kenyataan semalam memohon maaf susulan kejadian yang tular di media sosial terbabit.

“Ular tersebut jinak dan tidak beracun atau berbahaya. Insiden yang berlaku itu adalah idea mereka sendiri bagi mendapatkan pengakuan bersalah segera.

“Kami akan menjalankan tugas dengan lebih profesional pada masa akan datang,” katanya yang tidak menyatakan jenis ular tersebut. -AGENSI/AFP