Portal Oddity Central melaporkan, balai polis di Thailand mula menghantar anggota-anggota mereka yang paling gemuk ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong itu selamq dua minggu selepas kejayaan program rintis berkenaan.

Difahamkan, anggota polis menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein bagi menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

Gambar anggota polis sedang membuat senaman rutin dalam program tersebut menjadi tular di media sosial

Kira-kira 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dalam kem ‘Belly Destruction’ tersebut.

Menurut media tempatan, polis yang mempunyai berat 200 kilogram telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 60 kilogram manakala anggota yang lain sekitar 20 kilogram. -AGENSI