AFP melaporkan, Cif Inspektor Waruni Bogahawatte dituduh melakukan perbuatan itu bagi memerangkapkan seorang ahli politik tempatan dalam kesalahan rogol.

Mahkamah Agung Sri Lanka ketika membacakan keputusan 24 muka surat memberitahu, tertuduh, Cif Inspektor Waruni Bogahawatte gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas pertuduhan terhadapnya dan dengan itu dia disabitkan dengan kesalahan.

Keputusan yang dibuat oleh tiga hakim sebulat suara mendapati, tertuduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai kerajaan untuk melakukan keganasan terhadap mangsa.

Dalam pada itu, tertuduh turut memaksa mangsa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebanyak empat kali apabila laporan awal mendapati remaja berusia 15 tahun itu tidak dirogol sebelum memasukkan mangsa ke dalam lokap secara tidak sah.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu, anugerah yang diberikan kepada tertuduh akan ditarik balik.

Sementara itu, sebuah pertuduhan bukan kerajaan (NGO) yang pernah memberi anugerah ‘Top Career Woman’ kepada tertuduh pada 2014 juga memberitahu yang anugerah itu berkemungkinan akan ditarik balik. -AFP