Menurut laporan Oddity Central, si isteri, Qiaoying dan anak lelakinya, Liang Yu terdedah kepada gas beracun dalam satu insiden pada tahun 2003.

Wanita itu terselamat tetapi anak lelakinya terkorban. Susulan kejadian itu, Qiaoying lumpuh dan mengalami kecacatan mental.

Melihat nasib yang menimpa isterinya, Zhanhai tidak mampu memberitahu perkara sebenar mengenai kematian anak mereka kepada Qiaoying.

Sebaliknya, apabila isterinya meminta untuk bertemu anak­nya, Zhanhai kerap kali mengatakan Yu bekerja di bandar lain.

Pada tahun 2010, ketika menonton sebuah rancangan televisyen mengenai tugas polis di Shanghai, Zhanhai terkejut melihat Jingwei mempunyai paras rupa yang sama seperti mendiang anaknya.

Dia tahu bahawa lelaki tersebut merupakan jawapan untuk membuatkan isterinya kembali senyum dan Zhanhai terus mencari cara untuk berhubung dengan Jingwei.

Terdesak untuk berjumpa dengan Jingwei, Zhanhai muncul dalam satu rancangan televisyen di Shanxi bagi memohon maklumat berhubung anggota polis tersebut.

Dia pada mulanya gagal me­ne­mui sebarang petunjuk tetapi pada tahun 2013, sebuah rancangan rea­liti televisyen di Hangzhou berjaya mengenal pasti dan me­ngesan Jingwei, dengan bantuan Polis Shanghai.

“Dia seiras dengan anak saya,” kata Zhanhai kepada Pear Video, laman sesawang perkongsian video popular negara itu.