Suspek yang berusia 18 tahun itu ditangkap di sebuah kedai Walmart selepas mencuri kemeja, tali leher dan sepasang stoking di Toronto baru-baru ini, selepas disoal siasat mengakui dia mencurinya kerana mahu menghadiri temu duga kerja.

Menurut BBC, Konstabel Niran Jeyanesan, anggota polis yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan kes itu, bersimpati de­ngan nasib pemuda itu bertindak melepaskannya sambil turut membelikannya beberapa pasang pakaian.

“Pemuda ini sebenarnya me­ngalami krisis kewangan yang teruk dan terpaksa menyara ke­seluruhan keluarganya. Apabila mendapat panggilan untuk temu duga, dia tidak mempunyai pa­kaian untuk menghadirinya.

“Saya mengakui pemuda ini telah melakukan kesilapan untuk menyara keluarganya tetapi bukan suka-suka. Menangkap dan meng­hukumnya tidak menjanjikan apa-apa kebaikan,” ujarnya.

Tindakan Jeyanesan mendapat pujian bukan sahaja dalam kalangan polis terma­suk ke­tuanya, Sarjan Paul Bios tetapi juga masyarakat setempat yang ter­nyata kagum de­ngan beliau.