Dua lagi anggota polis Afghanistan lagi cedera akibat serangan yang sama.

Insiden salah sasaran itu berlaku semalam ketika serangan dilakukan di wilayah Helmand dan telah disahkan oleh pegawai tentera Amerika Syarikat dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota terbabit sedang bertugas di sempadan ketika kejadian tersebut berlaku dan kronologi kejadian belum dapat dipastikan setakat ini.

Ratusan anggota marin Amerika Syarikat bertempur di Helmand bersama-sama tentera Afghanistan bagi merampas kembali Helmand yang kini dikuasai militan Taliban. - Agensi