Sebanyak lima puluh pokok yang dipercayai tertinggi di dunia berjaya ditemui oleh pengkaji dari London di hutan Sabah baru-baru ini. AGensi

Portal Mail Online melaporkan, pokok itu berukuran 309 meter atau seumpama tiga ekor ikan paus disusun dari hujung ke hujung.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.

Lima bulan lepas, pokok ter­tinggi tropika dikenali sebagai meranti kuning atau nama saintifiknya shorea faguetiana, berukuran 89.5 meter tinggi, hampir sama tinggi dengan menara jam Big Ben di London juga ditemukan di Sabah.

Menurut pakar dari Universiti Stanford, Gregory Asner, penemuan kali ini lebih unik kerana diameter­nya mencapai sehingga 40.23 meter.

Pokok tersebut dikesan pe­­­n­gim­bas laser yang dipasang pada pesawat dinaiki Asner ketika mereka menjalankan penggambaran tiga dimensi bagi pemetaan biodiversiti kawasan hutan Sabah itu.

“Ada sekurang-kurangnya 50 batang pokok yang lebih tinggi daripada meranti kuning yang ditemui pada Jun lalu. Ketinggian pokok-pokok ini sangat menga­gumkan.

“Ini adalah pene­muan yang sangat berharga bukan sahaja untuk rakyat Sabah malah kepada dunia,” katanya kepada portal alam sekitar, Mongabay.