“Beliau (Chuan-Jin) mengalakkan Ahli Parlimen untuk terlibat dalam sesi perdebatan, namun, masih mengingatkan mereka supaya saling hormat-menghormati.

“Beliau juga berikrar untuk berlaku adil dan tegas sepanjang menjalankan tanggungjawab baharunya nanti,” kata Hsien Loong dalam status Facebook terbaharunya.

Chuan-Jin dilantik sebagai Speaker Parlimen Singapura yang ke-10 hari ini selepas jawatan tersebut dikosongkan oleh Halimah Yacob yang bertanding untuk Pilihan Raya Presiden Singapura.

Beliau yang juga bekas Menteri Pembangunan Keluarga dan Sosial Singapura telah menamatkan tugasan terakhirnya semalam dan telah berkhidmat sebagai Menteri Kabinet negara ini sejak Mei 2014 lalu. - BERNAMA