Bercakap mengenai persoalan tersebut, Ardern berkata, Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg telah menghubunginya dan mengetahui kejadian yang berlaku di negara ini,

Rakaman video yang menunjukkan lelaki bersenjata melakukan pembunuhan secara kejam di masjid telah disiar secara langsung di Facebook sebelum dikeluarkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, video berdurasi 17 minit yang memaparkan adegan mengerikan itu telah dikongsi berulang kali di YouTube dan Twitter serta platform lain di media sosial.

“Kami berusaha untuk membuangnya namun rakaman tersebut terus diedarkan. Jadi terpulang kepada platform (media sosial) untuk membuangkan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Facebook New Zealand dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya bekerja keras untuk membuat video yang mempunyai unsur keganasan.

“Dalam 24 jam pertama, kami membuang 1.5 juta video serangan tersebut yang mana lebih daripada 1.2 juta telah disekat semasa memuat naik,” katanya. -AFP