Beliau turut memberi amaran untuk mempertimbangkan semua pilihan dalam menilai semula hubungan kedua-dua negara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggunakan klip vdeo serangan pengganas yang membunuh 50 orang itu sebagai sebahagian serangan ke atas negara berkenaan dan Islam.

Beliau juga memberi amaran rakyat Australia yang anti-Islam seperti Tarrant, akan ‘dihantar balik dalam keranda’ seperti moyang mereka di Gallipoli, lokasi pertempuran berdarah Perang Dunia Kedua.

“Kenyataan oleh Erdogan yang saya anggap amat menyinggung rakyat Australia dan tidak bertanggungjawab dalam saat amat sensitif ini.

“Saya mahukan kenyataan itu ditarik balik,” katanya Morrison selepas memanggil duta Turki dan menolak ‘alasan’ yang diberi. -AFP