Malah keadaan boleh diburukkan lagi apabila topik yang dibualkan secara tidak langsung menyinggung perasaan penumpang.

Sehubungan itu, syarikat penerbangan KLM Royal Dutch memperkenalkan satu program yang digelar 'Jumpa dan Duduk' sebagai satu pendekatan baru bagi mewujudkan suasana lebih mesra.

Menurut laman web syarikat itu, program tersebut hanya boleh didapati dalam penerbangan antara Amsterdam dengan New York serta San Francisco dengan Sao Paulo.

Program tersebut membolehkan penumpang mengetahui maklumat penumpang lain daripada laman sembang sosial Facebook atau LinkedIn dari tempoh 90 hari hingga 48 jam sebelum penerbangan.

Seterusnya, penumpang dibenarkan memilih tempat duduk bersama dengan penumpang lain yang mempunyai minat serupa.

Selain itu, penumpang yang tidak 'menyukai' jiran sebelahnya boleh menukar tempat duduk.

Program tersebut bagaimanapun belum digunakan secara meluas dan setakat ini, hanya 200 penumpang yang terlibat.

Selain KLM, syarikat Malaysia Airlines (MAS) turut memperkenalkan program yang membolehkan penumpang mengetahui sama ada rakan-rakan mereka akan berada dalam penerbangan yang sama atau menuju ke destinasi serupa dalam pada satu masa.

Sementara itu, sebuah aplikasi baru yang dikenali sebagai 'Planely' membolehkan penumpang berkongsi maklumat perniagaan, pengalaman penerbangan atau sebarang perkara menarik menerusi Facebook dan LinkedIn. - AGENSI

http://www.airplanepicture.org/wp-content/uploads/2011/09/Airplane-Passengers.jpg