Tanpa kemenangan yang mutlak May perlu mengembalikan kestabilan ketika pencabarnya dari parti Buruh Jeremy Corbyn mendesak beliau supaya meletakkan jawatan.

BBC membuat jangkaan parti pimpinan May, Konservatif hanya mampu memenangi 318 daripada 650 kerusi, iaitu kurang lapan kerusi, manakala parti Buruh memenangi 267 kerusi meletakkan parlimen Britain dalam keadaan buntu dan tidak menentu.

Sky News turut meramalkan May bakal hilang majoriti dan mampu menang antara 315 dan 325 kerusi sahaja.

Pada masa yang sama perbincangan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah hanya tinggal 10 hari lagi, situasi semasa menjadikannya semakin rumit.

"Pada masa ini, apa yang lebih utama mewujudkan kestabilan,” kata May selepas memenangi kerusi Parlimen Maidenhead, England.

Corbyn pula selepas menang di utara London menyelar tindakan May untuk mendapat sokongan yang lebih kuat dan kini sebagai memakan diri sendiri.

"Beliau hilang kerusi Konservatif, hilang undi, hilang sokongan dan hilang keyakinan,” kata Corbyn.

"Saya fikir beliau perlu mengundurkan diri, dan memberi laluan kepada pembentukkan kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat negara ini,” tambahnya.

May mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada David Cameron yang meletakkan jawatan dengan majoriti kecil, mengumumkan pilihan raya tujuh minggu lalu.

Beliau yang baru sahaja 11 bulan memasuki pejabat di Nombor Number 10 Downing Street, mungkin mencatat rekod sebagai Perdana Menteri Britain paling singkat. - Agensi