Seorang pemuda berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Vishal Chowdhary, 27, dia telah berusaha selama dua tahun untuk mencari kerja dalam pasaran pekerjaan yang suram di sini.

“Saya telah menghadiri 50 temu duga pada tahun lalu namun tidak berjaya.

“Satu syarikat yang saya sertai pula membuang kebanyakan pekerjanya, membuatkan kembali tidak bekerja,” katanya.

Berikutan desakan hidup, Chowdhary menjadi salah seorang daripada 23,000 pemohon bagi lima jawatan kerajaan sebagai budak pejabat dengan tugas membuat teh dan memfotostat.

Angka itu sudah menjadi kebiasaan kepada 1.25 bilion rakyat India terutama bagi mendapatkan jawatan kerajaan oleh mereka dengan kelayakan tinggi berbanding pekerjaan. - AFP