Reuters melaporkan, salah satu parti berkenaan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang yang disifatkan sebagai kejanggalan undian berikutan keputusan pilihan raya hanya diumumkan sebahagian sahaja.

Jumlah yang menandatangani petisyen dalam talian untuk mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meningkat kepada 1ebih 500,000 dalam tempoh beberapa jam.

“Terdapat penyelewengan dalam pilihan raya dan kami tidak boleh menerimanya, Ini menjejaskan kredibiliti negara dan kepercayaan rakyat,” kata calon Perdana Menteri Parti Pheu Thai, Sudarat Keyuraphan.

Dalam perkembangan sama, parti Pheu Thai berjaya memenangi 138 kerusi manakala Palang Pracharat mendapat 96 kerusi namun 150 kerusi lagi belum diumumkan SPR Thailand.

SPR Thailand dalam satu pengumuman berkata, lebihan keputusan 150 kerusi lagi akan diumumkan pada 9 Mei depan. -AGENSI