Raja Kigeli V Ndahindurwa

Menurut laman sesawang rasmi­nya, Raja Kigeli yang memerintah negara di timur Afrika itu menghembuskan nafas ter­akhirnya pada usia 80 tahun.

“Dengan berat hati kami ingin­ mengumumkan bahawa Raja Kigeli, pemerintah terakhir kerajaan Rwanda telah meninggal dunia. Baginda merupakan seorang raja yang taat dan berdedikasi terhadap rakyatnya selain pemerintah yang berkuasa penuh terhadap sebuah kerajaan,” kata satu kenyataan dalam laman sesawang itu.

Punca sebenar kematian raja itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Raja Kigeli mula memegang tampuk pemerintahan negaranya sejak 1959 selepas menggantikan salah seorang saudaranya, Mutara III yang terbunuh dalam satu revolusi sosial di Hutu oleh etnik Tutsi.

Baginda seterusnya melarikan diri dari negaranya setahun kemudian selepas berlaku pertempuran dengan penjajah Belgium dan sistem pemerintahan beraja atau monarki di negara itu ak­hir­nya dihapuskan pada 1961.

Sebelum menetap di AS pada 1992, Raja Kigeli pernah hidup dalam buangan di timur Afrika termasuk di Kenya dan Uganda.

Kebanyakan pelarian dari Rwanda tidak pernah pulang sejak kejadian pembunuhan beramai-ramai pada 1994 yang mengorbankan hampir 800,000 orang, kebanyakannnya daripada etnik minoriti negara itu. – AFP