Penemuan peta bersejarah itu disahkan pakar daripada kedua-dua buah negara seperti dilaporkan agensi berita Korea Selatan, Yonhap semalam.

Difahamkan, penemuan itu berlaku ketika Jepun berulang kali mengemukakan tuntutan berhubung kedaulatan pulau-pulau kecil di bahagian timur Korea Selatan.

Seorang profesor di Kyungpook National University, Nam Kwon-hee mengesahkan wilayah yang dikenali sebagai Dokdo itu dilukis di bahagian kanan Pulau Ulleung di Laut Timur pada peta berkenaan.

Ujar Kwon-hee, peta wilayah yang diwarnakan itu merupakan versi peta bertulisan ta­ngan Korea, Daedongyeojido yang dihasilkan ahli geologi dan kar­tografi atau jurupeta, Kim Jeong-ho pada tahun 1861.

Dalam pada itu, Kwon-hee berkata, peta bertulisan tangan Jeong-ho itu merupakan versi penambahbaikan berbanding ce­takan asal pada kayu yang dibuat sebelumnya.

Kata Kwon-hee, berbanding peta asal, peta bertulisan tangan yang siap diwarnakan itu bagaimana­ pun turut mengandungi wilayah Dokdo.

“Kami fikir mungkin Kim (Jeong-ho) memasuk­kan Dokdo ke dalam Daedong­yeojido (peta) ini apabila menghasilkannya dalam bentuk tu­­lisan tangan,” katanya.

Selain Dokdo, peta klasik itu dikatakan turut mengandungi kira-kira 2,000 data bersejarah dan kepingan berkaitan seni bina serta geografi yang tidak terdapat pada versi cetakan berkayu sebelum ini. – BERNAMA