Kesemua aktivis termasuk penyanyi dikenali sebagai Chama Fumba ditahan pada September selepas melakukan piket bagi menentang pembelian 42 buah kereta bomba bernilai AS$ 1 juta (RM4 juta) oleh kerajaan.

Majistret, Mwaka Mikalile berkata pembebasan dibuat kerana semua penunjuk perasaan melakukan demonstrasi secara aman, tanpa huru hara.

“Mereka melakukan tunjuk perasaan dengan aman, tanpa merosakkan harta benda awam dan tidak mengganggu lalu lintas.

“Saya dengan ini membebaskan semua tertuduh,” katanya.

Aktivis-aktivis terlibat dikatakan melakukan protes di luar pejabat Parlimen ketika Menteri Kewangan, Felix Mutati membentangkan belanjawan negara itu bagi tahun 2018.- AFP