Kemenangan Demi-Leigh Nel­-Pe­ters, 22, sekali gus mena­matkan kemarau Afrika Selatan me­menangi acara berprestij itu selepas kali terakhir pada tahun 1978.

Nel-Peters dibesarkan di wi­la­yah Cape Barat dan baru menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti North-West.

Dia mula mendalami seni mem­pertahankan diri selepas di­­cu­lik dan diacukan senjata api kira-kira sebulan selepas memenangi gelaran Ratu Afrika Selatan.

Ratu cantik Colombia, Laura Gonzalez, 22, dan peserta dari Jamaica, Davina Bennet, 21, pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan yang memasuki edisi ke-66 itu.

Miss Universe edisi ke-66 me­ru­pakan yang terbesar dalam sejarah apabila seramai 92 peserta mengambil bahagian.

Sebanyak 13 peserta iaitu da­ri Thailand, Sri Lanka, Ghana, Se­­panyol, Ireland, Croatia, Bri­tain, Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, Filipina, Venezuela dan China berjaya menempatkan diri dalam pentas akhir.

Barisan panel hakim terdiri daripada bintang YouTube, Lele Pons; bekas juri rancangan Ame­rica’s Next Top Model, Jay Manuel dan bekas Miss Universe 1998 dari Trinidad dan Tobago, Wendy Fitzwilliam. – REUTERS/AGENSI