Ketika kejadian, pesawat Xiamen Airlines, yang membawa 157 penumpang dan lapan kru mendarat selepas melakukan dua kali percubaan namun tergelincir serta menyebabkan kerosakan pada bahagian kiri enjin pesawat.

Kesemua penumpang dan kru tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan, landasan itu akan ditutup sehingga pukul 5 pagi waktu tempatan esok bagi memberi laluan kepada usaha mengalihkan pesawat berkenaan. - AFP