Siaran televisyen menunjukkan pesawat Embraer ERJ145 milik syarikat penerbangan Dniproavia terbabas beberapa meter dari landasan dengan muncungnya mencecah bumi.

Kesemua penumpang dan krew dapat dibawa keluar dengan selamat, lapor agensi berita rasmi Anatolia.

Agensi berita swasta Dogan pula melaporkan bahawa peralatan mendarat bahagian depan pesawat berkenaan terbenam dalam lumpur.

Punca kejadian masih disiasat. - AP