Menurut agensi berita ISNA, seramai 11 penumpang berada di dalam pesawat berkenaan ketika nahas tersebut.

Pesawat itu dikatakan berlepas dari Sharjah, UAE dan terhempas berdekatan bandar Shahr-e Kord, kira-kira 400 kilometer selatan Tehran.

“Kami boleh mengesahkan bahawa pesawat peribadi Turki...ketika melintasi ruang udara kami, telah hilang dari radar dan terhempas di Shahr-e Kord,” kata jurucakap Organisasi Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh. - AFP/REUTERS