Lapor Channel News Asia, pesawat SQ336 berlepas dari Singapura pada pukul 12.46 malam waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Paris pada pukul 7.15 pagi waktu Paris.

Menurut laman sesawang Flighradar24, pesawat terbabit berada pada ketinggian 7,315 meter selepas berlepas selama 15 minit.

Jurucakap SIA berkata, pesawat tersebut terpaksa berpusing di udara selama sejam, bertujuan untuk menghabiskan minyak sebelum ia boleh mendarat.

Penumpang diarahkan menaiki pesawat lain dan berlepas semula pada pukul 6 pagi waktu tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan.