Agensi berita RIA melaporkan salah seorang kakitangan lapangan kapal terbang berkenaan maut selepas diserang sakit jantung ketika menjalankan operasi pembersihan.

Pesawat Boeing 737-800 milik syarikat Utair, dikatakan membawa 164 penumpang dan enam anak kapal dari Moscow ke Sochi.

Tambah RIA memetik perkhidmatan kecemasan tempatan sebagai berkata, pesawat terbabit tidak menekan brek mengikut masa yang betul ketika mendarat menyebabkan ia terbabas dari landasan. - REUTERS