Mail Online melaporkan, ke­a­daan itu menyebabkan pesawat berkenaan terseret sejauh hampir 1.6 kilometer di landasan Lapangan Terbang Wamena di Papua, mengakibatkan badan kapal terbang terbabit terbakar.

Ketika kejadian, hanya tiga orang berada di dalam kapal terbang itu iaitu juruterbang dan pembantunya serta seorang juruteknik.

Semua mereka dilaporkan selamat tanpa sebarang ke­cede­raan.

Pesawat tersebut dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sentani di Jayapura dengan membawa kargo berisi bekalan makanan yang dihantar oleh sebuah syarikat tenaga ke bandar kecil di wilayah Papua.

Video berdurasi 30 saat turut merakam aksi anggota bomba yang pantas memadamkan kebakaran dan beberapa gambar me­nunjukkan keadaan enjin, tayar serta gear pendaratan pesawat itu yang rosak teruk.

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan menutup Lapangan Terbang Wamena bagi menjalankan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ber­kenaan.

Lapangan terbang tersebut terletak di tengah-tengah ka­wasan pergunungan dan ke­ba­nyakan pesawat sering mengalami kesukaran untuk berlepas dan mendarat akibat litupan awan yang amat rendah.