Mail Online melaporkan, ketika kejadian, pesawat Airbus A320 itu dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol menuju ke Heathrow di London.

“Pesawat bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat selepas juruterbang melencongkan penerbangan ke Toulouse sebagai langkah berjaga-jaga,” kata British Airways dalam satu kenyataan.

Masalah itu bagaimanapun menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama 51 minit. - AGENSI