Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun berkata, ketika ini, tidak ada ada laporan segera kerosakan meskipun pengguna media sosial masing-masing merasai gegaran di seluruh negara dan sejauh Arica di utara Chile.

Menurut penduduk dalam akaun Twitter mereka, dua gempa bumi kuat mengejutkan Pucallpa, sebuah bandar di Peru.

Setakat ini juga, tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik, dan bomba Chile menerusi akaun Twitter memberitahu gempa bumi itu tidak berpotensi untuk mengegarkan Chile.-REUTERS