Agensi Hal Ehwal Diraja dalam kenya­taannya berkata, pe­ngumuman itu dijadualkan semula selepas ditangguhkan ekoran insiden tanah runtuh dan banjir buruk di selatan Pulau Kyushu, Julai lalu.

Mako yang merupakan anak perempuan sulung Putera Aki­shino dan Komuro yang kedua-duanya berusia 25 tahun bertemu lima tahun lalu semasa mereka menuntut di International Christian University di Tokyo.

Perkahwinan mereka dija­dual diadakan pada tahun 2018.

Waris perempuan keluarga maharaja akan hilang status mereka sebagai kerabat diraja sekiranya mereka berkahwin dengan lelaki bukan keturunan raja.

Sehubungan itu, perkahwinan Mako akan menjadikan jumlah keluarga diraja Jepun kepada 18 orang.

Adik lelaki Mako, Putera Hisahito yang berusia 10 tahun kini merupakan satu-satunya waris lelaki dalam generasi mereka.

Satu-satunya zuriat Putera Mah­kota Naruhito adalah anak perempuan iaitu Putri Aiko yang kini berusia 15 tahun.

Jun lalu, Parlimen Jepun meminda undang-undang untuk membenarkan maharaja yang kini berusia 83 tahun untuk turun daripada takhtanya. – DPA